Jun Xi Sdn BhdJun Xi Terapi Jagaan Tulang Belakang & herbs
Bantal Menyokong Spina Jun Xi  
Prinsip, Kegunaan, Cara Kegunaan dan Fungsi
Jun Xi home
About Us
Spine Care
Services
Purchase
Contact Us
Bantal Menyokong Spina Jun Xi

Suatu Pencapaian Dalam Bidang Jagaan Tulang Belakang

Berdasarkan teori fisiologikal dan pengalaman klinikal lebih daripada sepuluh tahun, Zhang telah mereka-cipta Bantal Menyokong Spina Jun Xi's yang dapat menolong melegakan kesakitan dan ketegangan pada leher dan tulang belakang. Ini merupakan satu lagi hasil ciptaan terbaru yang telah dipatenkan. Bantal unik ini dapat menolong ramai pesakit mendapatkan kesihatan yang lebih baik terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan dan ketidakselesaan tulang belakang.

Zhang mencipta Bantal Menyokong Tulang Belakang Jun Xi kerana pengalaman kehidupannya yang menghadapi sakit tulang belakang dan leher pada satu masa dahulu. Lebih kurang 12 tahun yang lalu, semasa Zhangmembuat kajian dan mengarang buku di China Academy of Traditional Chinese Medicine, Beijing, beliau mengalami ketegangan dan keletihan akibat posisi tubuh yang tidak betul semasa membaca dan menulis. Beliau mengalami kesakitan tulang belakang dan tidak dapat tidur. Apabila beliau menggunakan tangan menyokong tulang belakang, beliau berasa lega.

Beliau juga mengalami ketegangan leher akibat satu kemalangan semasa berenang di dalam kolam renang. Kepala beliau terhantuk pada dinding kolam renang. Apabila beliau menonton telivisyen yang terletak di atas almari tinggi, beliau dapati bahawa ketegangan leher boleh dilegakan apabila lehernya disokong dengan tangan beliau.

Selepas merenung pengalaman ini, beliau memahami bahawa ketegangan dan kesakitan ini adalah disebabkan oleh lengkungan tulang belakang yang tidak betul. Selepas itu, beliau cuba menggunakan tuala bergulung untuk menyokong tulang belakang dan beliau mendapat sokongan ini dapat memberi keputusan yang baik. Melalui teori fisiologi dan pengalaman klinikal yang diperolehi, beliau telah mencipta Bantal Menyokong Spina Jun Xi yang unik.

Sehingga hari ini, terdapat 6 jenis bantal menyokong tulang belakang Jun Xi dalam 3 golongan untuk kegunaan masing-masing:
  • Bantal Menyokong Spina Jun Xi untuk tidur (untuk leher dan tulang belakang)

    Jun Xi Spine Care Pillow

  • Bantal Menyokong Spina Jun Xi untuk kusyen kereta (untuk leher dan tulang belakang)

    Jun Xi Spine Care Pillow for car seat             Jun Xi Spine Care Pillow for car seat

  • Bantal Menyokong Spina Jun Xi untuk kerusi (untuk leher dan tulang belakang)

    Jun Xi Spine Care Pillow for chair             Jun Xi Spine Care Pillow for chair

Kamu boleh membuat pembelian di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami

Sila rujuk laman web English atau melawat Syarikat Jun Xi Sdn Bhd untuk keterangan yang lebih lanjut.

|Hakcipta © Jun Xi Sdn Bhd 2002-2019 | Semua Hakcipta Terpelihara |
| Notis Peraturan | Hubungi Kami |
| Direka & Dibangunkan oleh Augustlink Services |