|
|
Bantal Kiropraktik Menyokong Spina Dr. JunSuatu Pencapaian Dalam Bidang Kiropraktik
Berdasarkan teori fisiologikal dan pengalaman klinikal lebih daripada sepuluh tahun, Dr. Zhang telah mereka-cipta Bantal Kiropraktik Menyokong Spina DR. JUN's yang dapat menolong melegakan kesakitan dan ketegangan pada leher dan tulang belakang. Ini merupakan satu lagi hasil ciptaan terbaru yang telah dipatenkan. Bantal unik ini dapat menolong ramai pesakit mendapatkan kesihatan yang lebih baik terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan dan ketidakselesaan tulang belakang.
Dr. Zhang mencipta Bantal Kiropraktik Dr. Jun kerana pengalaman kehidupannya yang menghadapi sakit tulang belakang dan leher pada satu masa dahulu. Lebih kurang 12 tahun yang lalu, semasa Dr. Zhangmembuat kajian dan mengarang buku di China Academy of Traditional Chinese Medicine, Beijing, beliau mengalami ketegangan dan keletihan akibat posisi tubuh yang tidak betul semasa membaca dan menulis. Beliau mengalami kesakitan tulang belakang dan tidak dapat tidur. Apabila beliau menggunakan tangan menyokong tulang belakang, beliau berasa lega.
Beliau juga mengalami ketegangan leher akibat satu kemalangan semasa berenang di dalam kolam renang. Kepala beliau terhantuk pada dinding kolam renang. Apabila beliau menonton telivisyen yang terletak di atas almari tinggi, beliau dapati bahawa ketegangan leher boleh dilegakan apabila lehernya disokong dengan tangan beliau.
Selepas merenung pengalaman ini, beliau memahami bahawa ketegangan dan kesakitan ini adalah disebabkan oleh lengkungan tulang belakang yang tidak betul. Selepas itu, beliau cuba menggunakan tuala bergulung untuk menyokong tulang belakang dan beliau mendapat sokongan ini dapat memberi keputusan yang baik. Melalui teori fisiologi dan pengalaman klinikal yang diperolehi, beliau telah mencipta Bantal Kiropraktik Menyokong Spina Dr. JUN yang unik.
Sehingga hari ini, terdapat 6 jenis bantal menyokong tulang belakang Dr. Jun dalam 3 golongan untuk kegunaan masing-masing:
- Bantal Kiropraktik Menyokong Spina Dr. Jun untuk tidur (untuk leher dan tulang belakang)

- Bantal Kiropraktik Menyokong Spina Dr. Jun untuk kusyen kereta (untuk leher dan tulang belakang)

- Bantal Kiropraktik Menyokong Spina Dr. Jun untuk kerusi (untuk leher dan tulang belakang)
|
Kamu boleh membuat pembelian di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami
Sila rujuk laman web English atau melawat Syarikat Jun Xi Sdn Bhd untuk keterangan yang lebih lanjut.
|